Kebas-Kebas Dan Rasa Ditusuk Mungkin Tanda Kerosakan Saraf Disebabkan Diabetes

loading...

Pfizer yang merupakan peneraju syarikat farmaseutikal Global Amerika Syarikat, berpangkalan di New York itu baru sahaja mengumumkan hasil kaji selidik berkenaan �Painful Diabetic Peripheral Neuropathy (DPN)� iaitu sejenis penyakit kerosakan saraf yang sellaunya menyerang pesakit-pesakit diabetik atau kencing manis.

Kaji selidik ini telah dijalankan ke atas pesakit sebenar oleh doktor-doktor pakar yang mahir dalam bidang berkenaan. Untuk pengetahuan semua, seramai 1:4 pesakit kencing manis berisiko untuk diserang Painful Diabetic Peripheral Neuropathy (DPN). Berikut adalah simptom awal yang menandakan kemunculan kerosakan saraf Painful Diabetic Peripheral Neuropathy atau DPN:-

  • Kebas-kebas / Semut-semut
  • Kepedihan otot / Menggelenyar
  • Bisa terasa seperti dicucuk-cucuk jarum

Menurut kajian itu lagi, ramai penghidap lambat bertindak meskipun sudah merasai tanda-tanda atau simptom berkenaan. Rakyat Malaysia terutamanya sering mengendahkan perkara itu di mana, seramai 68 peratus individu tidak tahu bahawa itu adalah tanda-tanda awal DPN manakala 74% pesakit takut untuk menerima rawatan berikutan caj kos yang mungkin mahal serta 55% lagi individu pula ingkar pergi mendapatkan nasihat dan rawatan susulan daripada doktor sehingga menjadikan ia lebih kronik.

Apa yang merisaukan, DPN bisa memberi impak sebanyak 90% terhadap kehidupan normal penghidap iaitu 69% akan menyebabkan masalah tidur, 62% menyebabkan pergerakan tubuh menjadi lemah dan 60% menyebabkan keresahan dalam kalangan penghidapnya.

Isunya kini adalah, rata-ratanya tidak peduli kesakitan yang mereka alami. Ramai di antara kita juga mengaitkan kebas-kebas serta sensasi bagai rasa ditusuk itu sebenarnya adalah sakit biasa kerana telah berumur walhal ia sebenarnya adalah simptom kepada penyakit kritikal kerosakan saraf yang dipengaruhi kecing manis atau diabetes.

Sehubungan itu, semua rakyat Malaysia digesa untuk segera bertemu dan membuat temu janji dengan pakar-pakar kesihatan bagi mengetahui perkembangan serta perubahan keadaan tubuh yang dialami. Sebelum masalah kesihatan menjadi lebih serius, ada baiknya anda berbincang dengan doktor mengenai simptom-simptom berkenaan yang mungkin pernah dirasai sebelum ini.

Antara rawatan yang akan disyorkan untuk mengawal kerosakan saraf DPN adalah dengan mengawal dan mengekal kadar glukos dalam darah secara stabil, mengambil ubat-ubatan secara teratur bahkan belajar untuk kawal tekanan jiwa agar masalah ini tidak menjadi serius. Percayalah, langkah-langkah pengesanan awal mampu bantu diri anda dari diserang DPN yang lebih teruk.

Ingat! Kebas-kebas, kepedihan otot dan terasa kulit ditusuk jarum itu tidak semestinya penyakit biasa yang disebabkan oleh faktor umur yang semakin tua kerana ia mungkin simptom awal bagi kerosakan saraf dalam tubuh. Jaga-jaga dan lekas dapatkan nasihat doktor.

Untuk keterangan lanjut mengenai Pfizer, sila klik [www.pfizer.com]
loading...

0 Response to "Kebas-Kebas Dan Rasa Ditusuk Mungkin Tanda Kerosakan Saraf Disebabkan Diabetes"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close