Ini Bahayanya Makan Daging Merah Berlebihan

loading...

Untuk pengetahuan anda, kajian terbaharu yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Hospital Massachusetts, Amerika Syarikat mendapati, individu yang makan daging merah dalam kuantiti yang terlalu banyak berisiko terkena penyakit radang usus.

Ketua penyelidiknya, Andrew Chan berkata, daging merah seperti daging lembu dan kambing menyebabkan lapisan usus menjadi kurang kebal dalam melawan masalah radang.

�Masalah radang usus kini kerap terjadi dalam kalangan orang muda dan ia cukup membimbangkan. Saya menyarankan agar daging merah diganti dengan daging putih seperti ikan kerana ia lebih baik dan boleh merendahkan risiko radang usus sehingga 20 peratus,� katanya.

Tambah Chan, suhu tinggi yang digunakan ketika memasak daging merah juga menjadikan daging itu bersifat karsinogenik yang boleh menyebabkan zat-zat di dalamnya bertukar menjadi agen penyebab kanser.

SUMBER
loading...

0 Response to "Ini Bahayanya Makan Daging Merah Berlebihan"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close