loading...
Korang rasa resah-gelisah? Kemurungan? Sedih sebab gaji tak masuk lagi? Maaf sebab kami takde jalan penyelesaian untuk semua masalah tersebut, tapi kami ada jumpa video muzik Pisang Goreng Power buat penyeri di petang hari:
Perghh, feel dia sebijik macam video rock kapak yang korang selalu nyanyi dalam karaoke jamban, tinggal awek tu tak pergi peluk tiang je ambil angin bertipup sepoi-sepoi bahasa.
Tapi lepas tu kami pergi stalk brader yang buat video ni, iaitu Sid Murshid. Dan rupa-rupanya dia ni bukan cikai punya orang sebab…
Dia memang tengah keluarkan albumnya sendiri!
Dulu dia ni merupakan pelajar jurusan Seni Bina dari Universiti Taylors, Subang Jaya. Habis sahaja belajar, dia dikatakan jadi penggiat muzik secara part time selama setahun sebelum fokus sepenuh masa. Dan kami sendiri pergi temuramah Sid Murshid, laju je dia balas:
“Lepas habis degree, kerja satu tahun part time musician”- Sid Murshid ketika dihubungi SOSCILI.
Kini dia dah keluar single pertama dengan tajuk Di Hati dan akan menghasilkan albumnya sendiri tak lama lagi.
Dia ada tulis lirik untuk album Dato’ Siti Nurhaliza yang terbaru
Tahun ni, Dato’ Siti atau To’ Ti baru sahaja keluarkan album baru bertajuk Simetrisiti. Tapikan, album To’ Ti kali ni ada kelainan sikit, di mana dia minta sesiapa sahaja penggiat seni untuk hantar lagu masing-masing untuk Siti masukkan dalam album.
Album yang membariskan 10 lagu termasuk duet bersama penyanyi popular Indonesia, Judika serta turut menampilan penyanyi hip hop tempatan, Joe Flizzow. – Petikan dari Utusan
Katanya, ada lebih 300 lagu telah dihantar termasuklah dari Indonesia. Tapi, hanya 10 je yang terpilih, dan salah satu lagu tu adalah hasil tulisan Sid Murshid. Power bak hang!
loading...
0 Response to "TERGELAK KAMI TENGOK VIDEO PISANG GORENG POWER, TAPI SIAPA BRADER DI SEBALIK VIDEO NI?"
Post a Comment