SAYU !!!! “9 JULAI 2016, TERIMA KASIH KERANA CERAIKAN SAYA”

loading...
“9 JULAI 2016, TERIMA KASIH KERANA CERAIKAN SAYA”

Sumber : Pixel
Kredit : Oh My Media
Salam, saya sudah bercerai. Ini nukilan khas buat suami saya dan pada semua untuk ambil ikhtibar.Pada Ramadan dan Syawal tahun ini, saya dihadiahkan ujian yang amat berat dari Allah. Alhamdulillah saya berjaya melaluinya. Suami saya dirampas oleh perempuan Indonesia. Kawan-kawan cakap, dia dah terkena.Saya tak tahan lagi. Memang dia mudah terkena. Dia tidak pernah menunaikan kewajiban dia sebagai muslim. Solat mahupun puasa tak pernah dibuat. Salah saya kerana memilih dia tanpa mengetahui hati budinya.Saya redha, saya pergi kereana tahu dia tidak akan mampu menyara saya dan bakal madu. Saya diceraikan tetapi Alhamdulillah Allah hadirkan perasaan yang tenang dan bahagia. Dalam istikharah juga saya nampak dia bukan jodoh saya.
Di sini, nukilan saya supaya semua mengambil ikhtibar. Kepada papa, terima kasih di atas hadiahmu di hari raya tahun ini. Terima kasih di atas 1,000 pengkhianatan dan penipuan mu.Jika mampu ku cerita bagaimana peritnya hidup dengan orang yang tidak mengenang budi, betapa peritnya hidup bersama pengkhianat/penipu, betapa pertinya hidup bersama lelaki yang mengabaikan tuhannya. Salah aku kerana memilih dia. Bongkak, riak, takbur.Aku ringkaskan tragedi tiga tahun dalam hidupku bersama si dayus. Tiga tahun usia perkahwinan kami dan akhirnya gagal begitu sahaja kerana orang ketiga. 6 kali hidup berpindah randa bersama, dia tidak pernah melelahkan aku kerana saya. Dikurniakan seorang anak yang amat comel dan solehah. Baru berusia 2 tahun, namun sudah kehilangan ayahnya.
Adakalanya kami terpaksa mencatu makanan. Orang lain seekor ayam tahan seminggu, kami, seekor ayam tahan sebulan. Ya, aku hanya makan nasi bersama sayur. Ayam disimpan untuknya, bimbang dia tidak puas makan.Pada hujung bulan, susu semakin berkurangan. Terpaksa aku gantikan dengan air barli buat anakku sementara menunggu suami menerima gajinya. Aku punya hanya makan barli sebagai gantian pada nasi. Ya, beras pun sudah habis. Tak apa, aku rela.Barang kemas semua telah aku gadaikan untuk memenuhi keinginannya. Walau sebulan tiada sesen pun nafkah buatku, aku rela juga. Rumah kosong tiada apa-apa, aku redha. Bukan mudah mahu bermula dari bawah.
Rezeki, televisyen orang sedekah, itu ini orang sedekah. Terpaksa pakaikan anak lampin kerana tak mampu beli pampers. Siang pakai lampin, malam pakai pampers.Apatah lagi nak jalan-jalan seperti orang lain. Honeymoon sekali pun tak pernah, apatah lagi nak belikan emas. Digadainya barang kemas yang sedia ada, lagi ada.Aku beri kepercayaan, tiada pun aku semak WhatsApp dan WeChatnya kerana aku tahu Allah ada. Tetapi selepas aku bersalin dan berpantang, aku belek Facebooknya. Ya Allah, bersepah mesej dia kepada betina lain dengan alasan mahu berkenalan. Namun tiada seorang pun yang melayan kerana dia tidak kacak.Aku mendiamkan diri, malas mahu mencari pasal. Tetapi dia, boleh siap bawa bekas teman wanita datang ke rumah, tidur di sebelah aku. Aku relaks lagi sebab aku tahu Allah ada. Kemudian dia kantoi pula bermesej dengan bekas teman wanita minta kiss-kiss. Namun dia berjanji lagi, berjanji takkan buat lagi.
Bila suami dah dapat kerja, barulah kehidupan kami senang sedikit. Tetapi itu pun banyak berhutang dengan boss baru. Jadi lembu smapai mati sebab berhutang. Ada hati nak kaya, memang takkan kaya kalau miskin adab.Aku telan, segala apa perbuatan dia yang menyakitkan hati aku. Aku telan dan pujuk hati diri sendiri kerana aku tahu tanggungjawab dan tugas aku sebagai seorang isteri. Malangnya berbeza bagi dia yang keras hati. Dia tidak pernah mahu menjaga hati aku, apatah lagi meminta maaf. Langsung tidak pernah.Dia juga tidak pernah membantu aku melaksanakan tugas di rumah, tidak pernah ada waktu untuk kami. Dia bongkak, tidak pernah mengimamkan solat. Adakalanya kami dibentak-bentaknya, tetapi jika dengan sundal lain, berbeza pula layanannya. Lemah lembut saja orangnya dan sanggup menghabiskan wang ringgit demi mereka berbanding aku dan anak.
Sampailah satu saat dia jatuh terngadah. Aku membawa diri ke kampung kerana bimbang dia tidak mempunyai wang untuk menanggung kami. Bimbang kami hanya akan membebankannya.Dua bulan aku berada di kampung, dia berjanji mahu mengambil aku. Bulan seterusnya dia beri alasan mahu mencari rumah sewa yang lebih baik. Bulan seterusnya tiada duit, seterusnya majikan tak bagi cuti dan bulan seterusnya ada hal kerja yang tidak dapat dielakkan.Setelah 7 bulan di kampung, akhirnya setelah dipaksa barulah dia datang mengambil kami. Aku gembira kerana dapat pulang ke pangkuannya dan aku dapat menjaganya.
Bila Ramadhan tiba, segalanya semakin aneh. Aku menemui instruction condom dan getah rambut wanita di dalam biliknya. Aku diam dan bersangka baik. Seminggu pertama aku berbuka dengan gembira dia berada di sisi. Minggu seterusnya tidak lagi bila mana dia mula pulang lewat setiap hari menggunakan alasan sibuk bekerja. Aku diam.Keadaan semakin aneh tetapi aku seperti biasa, bersangka baik. Menjadi lebih aneh bila dia mengelak melalui sebuah kawasan. Acap kali mengelak menggunakan jalan tersebut.Tiba-tiba dia kuat berdandan. Dia tahu aku suka lelaki berjanggut, tetapi dia buang. Tiba-tiba dia mahu putih, aku masih bersangka baik. Hingga anak sudah tidak mahu lagi padanya.
Penghujung Ramadhan kemarahan aku menggunung dengan 1,000 persoalan kenapa, kenapa dan kenapa aku diabaikan. Aku meletus, aku beritahunya jika dia sudah membenci aku, lepaskan saja aku.Tetapi dia? Dia call mak ayah aku, kononnya aku yang jahat mencari pasal. Sampai mak dan ayah pun menyalahkan aku. Aku mengalah lagi, pujuk hati dan rendahkan ego aku. Aku minta maaf, minta ampu walaupun bukan salah aku.Dia tak nak, dia nak buang aku dan anak. Aku redha, dia hantar kami ke kampung. Bila aku dah redha, esoknya dia minta maaf dan mahu datang kembali mengambil kami. Kerana nasihat mak dan ayah serta tidak mahu anak kehilangan ayahnya, aku turutkan.
Namun sekali lagi dia beri alasan, tiada duit. Aku suruh dia datang mengambil kami bila dia sudah menerima gaji. 8 hari sudah berlalu, dia datang mengambil kami. Lusa dah nak raya, aku gembira. Selepas sahur, kami bergerak pulang ke bandar. Sampai saja di rumah, aku tidurkan anak. Dia keluar bekerja. Runsing aku bila melihat rumah yang bersepah mengingatkan esok raya. Aku kemas, cabut cadar yang lusuh dan basuh. Belum sempat aku duduk, jauh sekali mahu tidur, dia WhatsApp. Katanya mahu membuat pengakuan.Aku bertanya kenapa, dia kata dia sudah ada orang lain. Hati aku remuk. Aku fikir dan hanya bergurau tetapi aku silap. Dia mengakui dia sudah terlanjur berkali-kali. Jijik aku membaca mesejnya itu. Lebih jijik lagi bila dia memberitahu bahawa perempuan sundal itu bukan orang Malaysia.
Padanlah tak pernah ada masa, tak pernah ada duit, selalu sibuk. Akhirnya aku pasrah. Malamnya aku tetap pulang ke kampung dia untuk beraya. Tak lalu lagi aku nak menjamah makanan.Malam belum jam 10 malam, dia ajak balik dengan alasan esok kerja. Mak dan ayah percaya. Rupanya tak, dia buat maksiat di pusat rekreasi. Aku serang tetapi dia menghalau aku dan sanggup dia pertahankan sundal bermuka berlubang-lubang itu.Akhirnya aku selamat sampai ke kampung aku sendiri. Penipuan di atas kebaikan, perkhianatan di atas kepercayaan. Aku tak tahu mengapa mudah sahaja Allah menarik rasa cinta dan sayangku padanya. Aku benci dan jijik pada dia.Berkali-kali aku mengajaknya bertaubat, tetapi dia enggan. Kini aku sudah bebas, biarkan saja dia terjun ke neraka bersama dosa-dosanya. Aku kuat kerana anak bersamaku, Allah bersamaku. Saban hari menunggu dia pulang kerja, menunggu dia mengimamkan solat, tetapi dia gagal. Dia permainkan hukum Allah, malah dia salahkan aku.
Kini aku mulakan hidup baru dengan sokongan dari semua orang. AKu tak perlu tunggu dia, jaga dia, hormat dia lagi. Aku takkan mati tanpa lelaki yang miskin adab, miskin duit seperti dia.Betul kata orang, perempuan diuji di saat susah. Aku berjaya melaluinya. Lelaki diuji di saat senang dan dia gagal. Malahan dia takkan hidup senang kerana gajinya tak pernah berkat. Dia kedekut, malah dengan mak dan ayahnya sendiri pun kedekut. Dia pengotor, pemalas tetapi aku menerimanya seadanya. Malangnya dia mensia-siakan aku dan anak.Sekiranya kau baca, aku mahu kau tahu bahawa aku haramkan kau kembali pada hatiku selama-lamanya. Aku haramkan segala penipuan, pengkhianatan kau pada aku. Hidup dan mati kau bukan hal aku lagi. Aku takkan ampunkan segala dosa dan pengkhianatan kau pada aku. Melainkan kau taubat dan pulang pada Allah, mungkin aku akan memaafkan kau.Kepada semua isteri di luar sana, hiduplah untuk Allah. Fikirlah, jika amal ibadat dia tidak mampu jaga, sekiranya hubungan dengan Tuhan sendiri dia tak mampu jaga, bagaimana nak menjaga kita?
9 Julai 2016, berakhir segala kesengsaraan. ini balasan kau pada segala budi dan kasih sayang aku pada kau? Ini jalan yang kau pilih?Ini cinta yang kau agung-agungkan?Ini jalan hidupku, hidup sebagai isteri terbiar. Tetapi aku masih utuh menjaga maruah aku, maruah kau, maruah keluarga kita. Sayangnya kau berzina, kau suami yang gagal. Mati itu pasti, kita jumpa di padang masyhar wahai anak adam. –
loading...

0 Response to "SAYU !!!! “9 JULAI 2016, TERIMA KASIH KERANA CERAIKAN SAYA”"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close