loading...
Bulan puasa makin dekat jadi anda semua pun mesti dah siap-siap beli kurma dua tiga kotak sebagai persediaan untuk berbuka nanti. Namun dalam ghairah membeli dan memakan kurma dari pelbagai jenama terkenal termasuklah yang sering berbisik ke telinga anda melalui iklan-iklan di TV (korang mesti tahu jenama apa), jangan lupa untuk berhati-hati!
Selain dari membasuh kurma sebelum makan, anda juga jangan lupa kopek kurmanya dan periksa bahagian dalaman kurma tersebut.
Melalui perkongsian Siti Norbaya Binti Sabaran di laman Facebook, dia mendakwa telah menjumpai anak-anak lipas berada di dalam kurma yang telah dikopeknya.
Menurutnya,
Nak bulan puasa ni, mesti ramai yang beli kurma. Tak kiralah bulan puasa ke tak tapi dekat sini kalau kau orang semua beli kurma, mohonlah kau orang kopek dulu kurma tu. Ada biji ke tak ada biji.”Setiap kali beli kurma mesti ada anak lipas di dalam tu. Tak kiralah kurma mahal atau murah.”
Malah menurutnya lagi, sama ada beli di pasar malam ataupun di pusat membeli belah, ia bukanlah kali pertama berlaku kepada dirinya. Anak lipas tidak hanya berada di dalam satu dua biji kurma sahaja, namun ia berkemungkinan lebih dari itu.
Tambahnya lagi, dia hanya berpesan sahaja. Terpulanglah kalau pengguna Facebook mahu mempercayainya atau tidak.
Akak pesan saja. Tak naklah tengok kau orang makan lipas juga. Lagi sedap makan nasi dari makan lipas.”
Pun begitu lain pula reaksi yang diterimanya berkenaan perkongsian tersebut. Rata-rata mengatakan wanita ini tersalah sangka antara anak lipas dan juga bubuk, iaitu sejenis serangga yang lebih kurang sama seperti kutu beras.
Bukan lipas ni. Bubuk atau kutu beras. Basuh-basuh makan je. Bukan bahaya pun. Patutnya puan terus PM HQ jenama kurma ni.”Ada beli kurma minggu lepas. Memang kena kopek sebab ada yang ada bubuk dan berkulat kat dalam. Tak kiralah kurma cap apa pun. Basuh dan kopek dulu sebelum makan.”
Ada benar juga kata wanita ini untuk kopek dahulu sebelum makan. Kadang-kadang kita tidak tahu sudah berapa lama kotak kurma tersebut tersimpan di dalam stor dan berada di pasaran bukan? Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak!
loading...
0 Response to "AWAS !!! “Setiap kali beli kurma mesti ada anak lipas di dalam tu. Tak kiralah kurma mahal atau murah.”"
Post a Comment