Rupa-Rupanya Noor Nabila Isteri Sharnaaz Ahmad Bukan Calang-Calang Orang..JOm Lihat Biodata Beliau Pasti Ramai Terkejut Besar,...

loading...
Rupa-Rupanya Noor Nabila Isteri Sharnaaz Ahmad Bukan Calang-Calang Orang..JOm Lihat Biodata Beliau Pasti Ramai Terkejut Besar,...

Setelah 2 tahun menyemai cinta akhirnya pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila akhirnya telah selamat diijabkabulkan pada tepat jam 9.15 malam dengan sekali lafaz dan telah dinikahkan oleh Ustaz Hj. Syamsul Firdaus Bin Hj. Mohd Supri Al-Hafiz iaitu Imam Masjid Damansara Perdana, Petaling Jaya selaku wakil wali dan disahkan oleh Ustaz Muhammad Nazmi Bin Abdul Samat iaitu Imam Masjid Al-Makmuriah, Petaling Jaya.
Sharnaaz menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan. Manakala mas kahwin pula sebanyak RM 1000. Namun, wang hantaran dirahsiakan.
Pada majlis istimewa tersebut Sharnaaz Ahmad kelihatan segak berbaju melayu serba putih hasil rekaan Putra Cosry manakala Noor Nabila pula kelihatan anggun dan menawan mengenakan busana pengantin yang direka khas oleh Datuk Radzwan Radzwil.
Majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu berlangsung dalam suasana sederhana serta dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan- rakan media. Manakala majlis resepsi bagi pihak perempuan pula akan diadakan pada 2 April 2017 bertempat di Royal Chulan Damansara manakala majlis resepsi bagi pihak lelaki bertempat di Straits Quay Convention Centre, Penang.
Sementara itu, Sharnaaz Ahmad pernah menjalin hubungan cinta bersama penyanyi Shila Amzah sekitar 2011 dan hubungan mereka berakhir sekitar 2013. Dalam pada itu, Noor Nabila pernah berkahwin pada Julai 2013, dan berpisah pada 2014
Noor Nabila Merupakan Kakak Kepada Pelakon Wanita Popular Neelofa





loading...

0 Response to "Rupa-Rupanya Noor Nabila Isteri Sharnaaz Ahmad Bukan Calang-Calang Orang..JOm Lihat Biodata Beliau Pasti Ramai Terkejut Besar,..."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close