Petua Buang Angin Ketika Dalam Pantang, Suami Isteri Patut Tahu!

loading...
Petua Buang Angin Ketika Dalam Pantang, Suami Isteri Patut Tahu!

Selalunya selepas bersalin keadaan fizikal mak-mak  kan kelihatan agak 'kembang', terutamanya di bahagian perut kita. Ada yang nampak macam masih hamil keranan usus kita mengandungi angin yang berlebihan.
Anda boleh cuba petua yang dikongsi oleh Puan Nurul Moleek Cereprove? ini.
Bahan-bahan:
1/2 sdt Jintan Manis
2 inci Halia
1 sdb Madu (saya guna madu kelulut asli sebab kurang manis)
1 sdt Kayu Manis Ceylon
Air kosong 2 gelas
Cara penyediaannya:
1. Rebus jintan manis dengan halia sampai mendidih dalam 5 minit.
2. Selepas itu campur madu dan kayu manis Ceylon ketika air dah suam.
Orang dulu-dulu guna kayu manis biasa tapi diorang amal petua ini seminggu 3 kali je. Kalau nak minum hari-hari kena amalkan Kayu Manis Ceylon tu sebab kandungan coumarin dia yang sangat rendah. Sebab itu saya pakai Ceylon Cinnamon, sejenis serbuk.
Elok diminum waktu suam. Boleh amal minum tiap-tiap pagi. Memang badan ok sangat tak ada rasa angin. Baby pun ok tak ada kembung pun. Nak ambil produk-produk lain risau efek baby, jadi saya suka amal rempah-rempah sebab breastfeed lagi. Cubalah, sedap tau badan.
Ini antara khasiatnya
Jintan Manis - Baik untuk cuci usus, perut berasid & berangin.
Halia - Baik untuk sistem penghadaman. Angin kembung dalam perut.
Madu - Tingkatkan sistem imun badan untuk lawan bakteria dalam usus.
Kayu Manis Ceylon - Menghangatkan badan dan perut supaya angin tak masuk. Tinggi anti-oksidan dan bagus untuk amalkan setiap hari. Kayu manis ceylon lagi selamat untuk amalan setiap hari berbanding kayu manis biasa sebab kandungan coumarin yang sangat rendah tak effect pada hati.
loading...

0 Response to "Petua Buang Angin Ketika Dalam Pantang, Suami Isteri Patut Tahu!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close