loading...
Pihak polis di Jiujiang membongkar 'hobi' pelik seorang lelaki yang suka 'mengumpulkan' pakaian dalam wanita yang dicuri sejak 10 tahun lalu.
Aktiviti lelaki itu didedahkan salah seorang mangsanya yang menyedari seluar dalam miliknya yang hilang tergantung di balkoni asrama kilang berhampiran.
Sebaik menerima laporan, polis menyerbu bilik lelaki itu dan menjumpai ribuan pakaian dalam yang diletakkan di dalam almari dan perabot di bilik asrama berkenaan.
Sebanyak 10 beg, berserta kotak yang disumbat dengan pakaian dalam wanita turut dijumpai.
Jiangnan City News melaporkan, suspek adalah seorang lelaki berusia dalam lingkungan empat puluhan yang hanya dikenali sebagai Xing telah bercerai beberapa tahun lalu.
Dia mengaku mencuri semua pakaian dalam sejak 10 tahun lalu dan menyukai pakaian wanita sejak dia muda lagi.
Malah menurutnya, ketika di sekolah, rakan-rakanya melayannya seperti seorang gadis.
Xing berkata, setiap malam dia akan mengumpulkan timbunan pakaian dalam yang dicuri itu untuk dipeluk ketika tidur.
Dek kerana tabiat itu, dia kerap mencuci dan mengeringkan pakaian berkenaan.
Sementara itu, menurut polis, Xing mempunyai lebih 10,000 helai pakaian dalam wanita
loading...
0 Response to ""Hobi" Pelik Lelaki Curi 10,000 Helai Pakaian Dalam Wanita Sejak 10 Tahun Yang Lalu"
Post a Comment