MENCIUM ISTERI SEMASA BERPUASA

loading...
Gambar Hiasan

Soalan; ustaz,saya telah menyentuh dan mencium payudara isteri saya pada bulan ramadhan di siang hari..Adakah batal puasa saya?

Jawapan;

Tidak batal puasa. Cuma jika dikhuatiri akan membawa kepada persetubuhan atau keluar mani, haram melakukannya. Kaedah Fiqh menyebutkan; �Setiap yang membawa kepada yang haram maka ia adalah haram�. Hukumnya menyamai hukum mencium isteri di bulan Ramadhan. Rasululullah s.a.w. sendiri pernah mencium isterinya pada siang hari di bulan Ramadhan. Saidatina A�isyah menceritakan; �Rasulullah s.a.w. menciumku sedang ia berpuasa. Siapa di antara kamu yang berupaya mengawal keinginan dirinya sebagaimana Rasulullah berupaya mengawalnya?� (HR Imam Muslim). Namun keharusan mencium itu terikat dengan kemampuan mengawal keinginan diri (dari persetubuhan dan keluar mani) sebagaimana disentuh oleh Saidatina �Aisyah sendiri dalam hadis tersebut.

Wallahu a�lam.

Rujukan;

1. Blog Laman Fiqh Anda; (http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-persoalan-2.html).

SUMBER
loading...

0 Response to "MENCIUM ISTERI SEMASA BERPUASA"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close