loading...
Ramai yang menganggap tekanan darah rendah bukan perkara serius seperti tekanan darah tinggi. Akan tetapi ia boleh menjadi kronik jika ia diambil ringan dan ramai diantara kita kurang mengetahui tentang simptom tekanan darah rendah. Sama seperti pesakit lain, bagi anda yang menghidap masalah ini seharusnya berjumpa dengan doktor atau pakar untuk mengetahui lebih lanjut kerana ia mungkin tanda atau penyebab lain masalah kesihatan.
Wanista berikan 7 tanda tekanan darah yang mungkin selama ini anda tidak sedari:
Pening dan Sakit Kepala
Pening atau sakit kepala merupakan simptom biasa untuk masalah tekanan darah rendah. Tapi sekiranya anda dapat pening kepala ketika bangun dari baringan secara cepat, ia merupakan tanda awal tekanan darah rendah. Kepala anda berasa sedikit pening dan mata berpinar-pinar, malah lebih teruk anda boleh pengsan secara tiba-tiba jika terlalu aktif.
Tidak Dapat Beri Tumpuan
Terdapat banyak lagi alasan logik medikal tentang masalah fokus antaranya: stress, mempunyai jadual harian yang sibuk atau tidak cukup tidur. Tahukah anda, tekanan darah rendah yang kronik juga penyebab masalah hilang tumpuan. Hal ini kerana, sel darah tidak dapat dibawa sampai ke otak dengan kadar yang normal.
Dehidrasi
Sering berasa dahaga, ini juga salah satu petanda anda menghadapi masalah tekanan darah rendah. Lebih kronik lagi, anda tidak mempunyai keupayaan untuk menghilangkan dahaga.
Masalah Penglihatan
Penglihatan menjadi kabur mungkin juga faktor serius tekanan darah rendah. Anda kena berwaspada kerana penglihatan anda boleh menjadi kabur buat sementara atau kekal!
Badan Selalu Berasa Sejuk
Badan sering merasa seram sejuk kerana darah tidak berjalan dengan lancar dan boleh menyebabkan kulit bertukar warna biru. Ini juga petanda anda menghidapi tekanan darah rendah yang serius.
Kadar Degupan Jantung Terlalu Cepat
Jika anda mengalami kadar degupan jantung yang pantas, anda mungkin mengalami kadar pecutan jantung yang tidak normal. Ini terjadi kerana tekanan darah rendah memerlukan jantung untuk mengepam darah lebih banyak dan secara tidak langsung menyebabkan jantung bekerja kuat.
Keletihan
Cepat letih atau penat bukanlah tanda utama tekanan darah rendah tapi ia juga berkemungkinan tergolong darinya. Orang yang merasa cepat letih ini mempunyai faktor hemoglobin rendah didalam darah. Kandungan hemoglobin dalam darah penting dalam memastikan oksigen sampai ke otak.
SUMBER
loading...
0 Response to "Awas! 7 Tanda Tekanan Darah Rendah Yang Mungkin Anda Tidak Sedar"
Post a Comment