loading...
Kita sudah pun melalui fasa madrasah Ramadhan dan kini perjalanannya hampir ke penghujung. Masih belum terlambat untuk saya memperingatkan tentang amalan-amalan bonus yang memberi impak positif kepada rohani di bulan seribu bulan ini.
Sebelum itu bagaimana perjalanan Ramadhan kita setakat ini? Luar biasakah? Atau biasa-biasa sahaja? Jangan bimbang masih belum suntuk untuk kita memungut juadah-juadah terbaik sebelum menjelang 1 Syaawal.
Sabda Rasulullah SAW:
�Seandainya umatku tahu keutamaan dan keagungan bulan Ramadhan, nescaya mereka mengharapkan agar selama setahun penuh menjadi bulan Ramadhan.�
Riwayat Tabrani Dalam Mu�jam
Oleh itu bulan Ramadhan adalah bulan pelayaran rohani untuk sentiasa mengabadikan diri kepada Allah SWT. Terdapat 7 hidangan lazat untuk rohani kita pada bulan Ramadhan.
1) Ibadah Puasa
Secara umumnya, tema ibadah terutama bulan Ramadhan adalah berpuasa kerana ianya menjadi rukun Islam yang wajib bagi kita laksanakan. Ibadah puasa menyucikan fikiran seraya menerangkan hati.
Dari segi logik sains pula, puasa membersihkan serta merehatkan organ perut dan usus yang penat bekerja tidak henti-henti.
Orang yang berpuasa untuk mendapat keredhaan Allah SWT pasti akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu dan berjaya memasuki syurga melalui pintu Ar-Rayyan.
Firman Allah SWT :
�Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa.�
Al-Baqarah :ayat 183
2) Solat Terawikh Dan Qiamulail
Rasulullah SAW bersabda :
�Barangsiapa yang berdiri (menunaikan solat) di bulan Ramadan dengan iman dan mengharap (pahala), maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.�
Imam Nawawi menjelaskan berdiri yang dimaksudkan adalah solat Terawikh. Hasil sepakat ijma� ulama� juga, berdiri yang dimaksudkan adalah mendirikan solat sunat seperti Solat tahajjud, taubat, hajat tasbih dan sebagainya.
Bayangkan jika andai kita berjaya menyempurnakan solat terawikh dan qiamulail berturut-turut dengan khuyuk. Bilakah lagi kita ingin merebut pahala yang berganda-ganda ini?
3) Tilawah Al-Quran
Seterusnya adalah tilawah Al-Quran. Demi meraikan bulan turunnya Al-Quran ini, membaca Al-Quran secara tilawah atau beramai-ramai benar-benar menghidupkan roh Ramadhan. Sangatlah rugi jika kita tidak melakukannya bersama keluarga, sanak saudara dan teman haidai.
Sabda Rasulullah SAW:
�Ibadah terbaik bagi ummatku adalah membaca Al-Quran.�
Riwayat Baihaqi dan Abu Nai�m
4) Memelihara Nafsu dan Hati
Pada bulan Ramadhan, syaitan dibelenggu dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya (simbol bagi merahmati bulan Ramadhan). Akan tetapi nafsu pula menjadi watak jahat yang akan mengganggu proses ibadah kita dan merosakkan hati.
Contoh keinginan nafsu adalah seperti terlalu banyak membeli juadah di bazaar sehingga terlupa tujuan berbuka puasa malah terasa longlai untuk beribadah kerana terlalu banyak makan.
Oleh itu bertakwa menjadi ubat bagi membendung masalah kecenderungan nafsu ammarah ini.
Allah SWT berfirman:
�Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.�
Surah Yusuf, ayat 53
5) Melazimi Zikir dan Doa
Rasulullah saw bersabda, bahawa sesungguhnya Allah berfirman:
�Barang siapa yang (lebih) sibuk mengingat Ku daripada memohon kepada Ku, maka aku akan memberikan kepadanya hal yang lebih utama dari yang kuberikan kepada orang-orang yang memohon.�
6) Zakat dan Sedekah
Bagi golongan yang berkemampuan, pada bulan Ramadhanlah kita berpeluang membuat kebaikan dengan mengeluarkan zakat fitrah dan sedekah.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata :
Rasulullah saw telah memfardhukan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang berpuasa dari perbuatan sia-sia dan dari perkataan keji dan untuk memberi makan orang miskin.
Barang siapa yang mengeluarkannya sebelum solat, maka ia bererti zakat yang di terima dan barang siapa yang mengeluarkannya selepas solat hari raya, maka sedekah itu seperti sedekah biasa (bukan zakat fitrah).
Hadith Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Daaruquthni
7) Memburu Lailatul Qadar
Hidangan terakhir yang dinanti-nanti dan diburu-buru oleh selurug hamba adalah Lailatul Qadar. Malam penetapan dan perjalanan sebuah kehidupan ini lebih baik daripada seribu bulan.
�Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.�.�
Al Qadr:ayat 1-5
Allah menurunkan malam Lailatul Qadar sebagai kemuncak ibadah pada 10 malam terakhir. Hal ini kerana malam ini terkandung beraneka keistimewaan.
Hadis riwayat Bukhari-Muslim berbunyi :
Rasulullah SAW beri�tikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan dia bersabda, yang bermaksud:
�Carilah malam Lailatul Qadar pada (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan� �
Hadith Riwayat Bukhari 4/225 dan Muslim 1169
Sebagai penutup, tingkatkanlah ibadah kita di bulan Ramadhan dan kekal berterusan di bulan-bulan yang lain.
loading...
0 Response to "7 Hidangan Lazat Buat Rohani Sepanjang Ramadhan"
Post a Comment