4 Tanda Awal Kanser Ovari Yang Semua Perempuan Patut Ambil Tahu

loading...

Kanser ovari lazimnya akan menyerang secara senyap tanpa menunjukkan sebarang simptom awal hinggalah sampai ke peringkat yang berikutnya.

Kanser Ovari akan muncul apabila sel pada ovari �dihinggap� ketumbuhan yang kemudiannya akan membengkak menjadi kanser.

Sememangnya, agak sukar untuk mengesan gejala-gejala awal Kanser Ovari meskipun pemeriksaan telah dilakukan.

Sehingga kini, banyak kajian telah dilakukan dan rata-rata hasil kajian mendapati penyakit membunuh ini akan menyerang wanita yang berusia 30 hingga 40 tahun atau mungkin lebih muda dari itu.

Oleh itu adalah amat penting untuk membuat pemeriksaan berskala serta memerhatikan perubahan yang dialami tubuh.

Sebagai seorang wanita, apa yang perlu kita perhatikan bagi memastikan kita bebas daripada kanser ovari? Berikut ialah simptom-simptom kanser ovari yang kita mungkin tidak perasan atau perasan tapi buat tak endah.

#1 Kembung Perut Berterusan

Jika anda perasan bahawa anda sering mengalami kembung perut (mungkin melebihi 3 minggu) di mana keadaan itu tidak pernah dialami sebelum ini, itu mungkin petanda kepada kewujudan ketumbuhan pada bahagian rahim serta disekitarnya.

#2 Sakit Pada Bahagian Bawah Perut (Abdomen) & Pelvik

Senggugut yang kritikal boleh menyebabkan kesakitan yang teramat seolah urat dan otot perut ditarik, kesakitan di sekitar pelvik dan mungkin juga menyerang hingga ke bahagian bawah tulang belakang (pinggang).

Namun, apa maksudnya jika kesakitan itu masih berlarutan biarpun tempoh haid telah tamat? Ya, itu mungkin tanda Kanser Ovari. Ini adalah petanda penting yang harus diambil tahu terutamanya wanita pra-menopos. Mana mungkin wanita berumur masih dapat merasakan senggugut kan? Itu pasti penyakit lain�

#3 Putus Selera & Berasa Cepat Kenyang

Jika anda adalah seorang individu yang suka makan namun tiba-tiba hilang selera dan sukar untuk makan kerana tiada mood melebihi tiga minggu, sila dapatkan nasihat pakar. Keadaan ini mungkin berkait rapat dengan perubahan yang berlaku pada sistem usus perut atau tanda awal menghidap Kanser Ovari.

#4 Kerap Buang Air Kecil

Kadar air yang anda minum sama sahaja setiap hari tetapi sejak kebelakangan ini cepat sangat terasa mahu kencing? Baru je minum seminit yang lepas tapi sekarang dah rasa nak buang air� Ha, anda mungkin sedang berada pada tahap awal Kanser Ovari.

Antara Simpton Awal Kanser Ovari Yang Lain


Namun begitu, ketumbuhan ovari boleh terjadi dalam dua keadaan sama ada �benign� (ketumbuhan yang tidak menyebabkan kanser) atau �malignant� (ketumbuhan yang menyebabkan kanser). Harus diingat, ketumbuhan jenis �malignant� adalah �berakar� dan boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain.

Untuk keterangan lanjut mengenai Kanser Ovari, sila layari [www.myhealth.gov.my/kanser-ovari]
RUJUKAN 12 & 3
loading...

0 Response to "4 Tanda Awal Kanser Ovari Yang Semua Perempuan Patut Ambil Tahu"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close